Pelaburan Perak Fizikal
Sekiaranya anda telah memulakan pelaburan emas fizikal maka anda harus membeli perak kerana anda boleh menambah portfolio pelaburan anda dengan pelaburan perak fizikal. Perak juga ada kaitan dengan ekonomi dunia. Kerana itulah pelaburan perak seringkali dikaitkan dengan pengawalan inflasi dari ianya berlaku. Mari kita lihat beberapa info berkaitan perak yang membantu dalam pertumbuhan ekonomi sejagat ini:
1. Perak mempunyai nilai intrinsik.
Bukan sahaja emas, perak juga tidak seperti duit kertas yang hanya mempunyai nilai disebabkan keyakinan anda sahaja.
Perak mempunyai nilai intrinsik dan intrinsik itu bermaksud nilai atau harga barang yang digunakan untuk membuat wang atau barang.
Tahukah anda berapa kos mencetak duit kertas yang kita guna sekrang ini ? RM50? 30 sen? 20sen?
2. Harga perak masih murah ketika ini.
Sekiranya harga emas dan perak dikira berdasarkan keadaan inflasi sekarang harga emas berada pada paras USD2300 – 5000 dan harga perak pula pada paras USD150-300.
3. Perak tidak boleh dicetak sebagaimana matawang kertas.
Matawang kertas yang kita gunakan setiap hari itu dikawal cetakannya oleh bank negara untuk memastikan jumlah wang kertas tidak berlebihan didalam urusan jual beli.Yang peliknya apabila matawang dicetak tanpa kebenaran kerajaan ianya dikira wang palsu, akan tetapi apabila ia dicetak dengan kebenaran kerajaan ia adalah duit yang sah sekalipun kualiti kedua-duanya hampir sama.
4. Index USD dan kuasa membeli dollar semakin jatuh.
Malah bukan kuasa membeli matawang dollar sahaja jatuh, seluruh matawang dunia mengalami kejatuhan termasuk matawang kita Ringgit Malaysia.
5. Bukan Sahaja Emas malah Perak dapat menyelamatkan kewangan daripada kesan inflasi.
Malah Nabi Muhammad telah bersabda:
Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah
S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai
dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham
(untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal
Masih tidak yakinkah kita dengan kepentingan emas dan perak ketika ini??
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiihQChrXWTPP2RSAWA0ozGaBLr9ERi0juyd09RIVgRv0bNELZyklm29NUGxth2mYblSOCe0kBnnKv2fhXMffy3eaJYwSkXrl8Rkjcn3v2GQC5gu7lGe0pixdrz4yusaViDOsMHiZSnakU/s1600/inflasion.png)
Nombor dan Fakta Mengenai Emas Bhg. 2
Rizab Persekutuan AS memiliki 6200 tan emas.
Suhu badan manusia adalah 37 darjah celcius. Disebabkan kekonduksian unik emas, barang kemas dari emas dengan cepat menyamai haba badan anda, menjadi sebahagian daripada anda.
Ia adalah sangat sukar untuk mencari satu auns bongkah emas berbanding berlian lima karat.
Peratusan emas dilombong hari ini yang menjadi barang kemas.
Nombor dan Fakta Mengenai Emas Bhg. 1
Nombor atom didalam emas, yang bermakna terdapat 79 proton di dalam nukleus setiap atom emas.
40,000 pelombong yang menyertai "California Gold Rush"pada 1849 telah diberi gelaran "49ers". Hanya beberapa orang diantara mereka yang menjadi sangat kaya.
Analisa Teknikal Harga Emas Sehingga 4 Jan 2013
Selamat sejahtera kepada anda semua, kali ini saya akan bincangkan analisa teknikal sepanjang minggu lepas, Mari kita terus ke analisa teknikal dibawah:
![]() |
Graf 1: Analisa teknikal untuk minggu lepas sehingga 4 Januari 2013 |
Dari graf harga emas diatas, kita dapat lihat teknik "Support and resistance", Moving Average dan MACD digunakan. Seperti yang anda lihat pada graf diatas harga emas masih lagi dalam kedudukan "downtrend", garis rintangan "resistance" secara teknikalnya berada pada paras $1695.40 per auns, secara psikologinya pada paras $1700.00. Rintangan ini yang cuba dipecahkan oleh pelabur-pelabur emas untuk masa sekarang ini.
5 Faktor Punca Kegagalan Pelabur Emas
![]() |
Ilmu pelaburan emas adalah sangat penting |
Kali ini saya bawakan artikel bertajuk 5 faktor punca kegagalan pelabur emas, artikel ini adalah hasil ari pengalaman saya selama menjadi pelabur dan "dealer" Public Gold sejak 2010. Ramai diantara kita mengetahui pelaburan emas memberi pulangan yang sangat baik, kurang berisiko dan kerana itu ramai yang ingin memulakan pelaburan emas. Tetapi masih ramai yang takut-takut untuk memulakan pelaburan emas kerana tiada panduan. Dengan saya bawakan 5 faktor punca kegagalan pelabur emas ini, anda boleh menggunakannya sebagai panduan anda dalam memulakan pelaburan emas. Sekarang kita teruskan kepada 5 faktor punca kegagalan pelabur emas dibawah:
Langkah Memulakan Pelaburan Emas Fizikal
![]() |
Pelaburan emas fizikal adalah terlalu kecil risikonya , pelaburanemasfizikal24k.blogspot.com |
Emas sememangnya diakui dari dahulu sebagai logam yang bernilai seperti di zaman Rasulullah menggunakan emas dinar. Ini adalah kerana emas adalah logam terunggul yang tidak dapat dicipta dan merupakan asset kekayaan yang sebenar.
Pelaburan emas fizikal adalah melibatkan pembelian emas fizikal seperti gold bar, syiling dinar atau barang kemas. Menyimpan emas tersebut dalam jangkamasa tertentu dan menjualnya apabila harga emas meningkat naik untuk mendapat hasil keuntungan dari kenaikan harga. Emas yang sesuai untuk pelaburan emas adalah gold bar atau syiling dinar kerana nilai "spreadnya" rendah. Nilai "Spread" ialah peratus perbezaan harga jual dengan harga beli, dan Public Gold adalah syarikat pengeluar emas pertama yang mempunyai nilai "spread" paling rendah iaitu 4% hingga 6%.
Emas Bersedia Untuk Bersinar Lebih Terang Pada 2013
Emas juga berkemungkinan akan diklasifikasikan sebagai top-1 aset bank, bermakna bank-bank komersial di AS bakal mampu untuk memberi pinjaman 100% terhadap pegangan emas mereka dan bukannya 50%.
Emas terbukti menjadi tempat yang baik untuk menyimpan kekayaan sepanjang 2012 dan supaya ia boleh sekali lagi menjadi pelindung kekayaan pada tahun 2013.Sejak 12 bulan lepas logam berharga telah meningkat nilainya sekitar 6% kepada $ 1.674 auns, didorong oleh pelabur-pelabur yang mencari aset sebagai perlindungan selamat dari zon euro, kelonggaran lebihan kuantitatif daripada Rizab Persekutuan AS, permintaan daripada bank-bank pusat, dan isu bekalan terutamanya di Afrika Selatan.Pandangan dari pengulas, broker dan peserta industri meramalkan ia akan meningkat lebih tinggi, diatas $ 2,000 malah akan terus meningkat tinggi sehingga $ 2,500 diakhir tahun 2013.
Emas Masih Dalam Trend "Jual", Penurunan Harga Berterusan
Harga emas niaga hadapan AS berakhir dengan sesi yang lebih rendah dan hampir dengan paras terendah pada hari Khamis, dan seterus penuruan tersebut berlanjutan dalam sesi dagangan petang berikutan beberapa maklumat baru dari Rizab Persekutuan AS. Dolar AS yang lebih tinggi menjadi bebanan dan melemahkan pasaran emas dan perak pada hari Khamis. Emas untuk pasaran Februari berakhir dengan diniagakan $ 24,00 auns pada $ 1,665.00. Spot Emas terakhir direkodkan $ 22,10 pada $ 1,664.00. Perak Comex untuk Mac berakhir diniagakan $ 0,567 pada $ 30,44 auns.Minit mesyuarat terbaru Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan telah dikeluarkan pada Khamis petang dan agak mengejutkan mereka memberitahu beberapa ahli Federal Open Market Committee (FOMC) percaya bahawa pelonggaran dasar kuantitatif monetari AS harus dibubarkan pada 2013. Ini mencemaskan kenaikan pasaran logam berharga dan memberikan indeks dolar AS rangsangan yang lebih tinggi. Empat tahun yang lalu dasar monetari AS sangat mudah dan telah menjadi satu faktor penting kenaikan bagi sektor komoditi bahan mentah, termasuk emas dan perak.
Teknik Pelaburan Emas Melalui Pinjaman Peribadi
Ini adalah dari pengalaman saya sendiri, membuat pinjaman membeli emas dan menggabungkan teknik pelaburan emas. Saya akan jelaskan teknik ini kepada anda sebagai perbandingan berdasarkan 2 teknik pelaburan emas, iaitu teknik beli dan simpan dan teknik Projek Semai Emas (PROSES) yang saya praktikkan hingga kini.
Emas Bertindak Sebagai Pelindung Kewangan, Momentum Semasa Memberi Isyarat "Beli
Pakar ekonomi menganggarkan bahawa jika kesan penuh sekatan fiskal yang akan bermula didalam bulan hadapan, ia boleh menjadikan ekonomi AS kembali dalam kemelesetan. Yang seterusnya, mungkin akan menyebabkan Rizab Persekutuan AS dalam kedudukan yang sangat tidak selesa dan juga membuka peluang bagi peningkatan dalam membeli bon secara bulanan.
Teknik Meningkatkan Keuntungan Pelaburan Emas
Pelaburan emas public gold adalah pelaburan yang terbaik, selamat dan tidak rugi serta memberikan keuntungan dalam jangkamasa sederhana atau panjang dengan cara penyimpanan emas. Namun begitu pelaburan emas juga boleh memberikan keuntungan cepat dan pulangan yang lumayan setiap bulan dengan strategi pelaburan emas. Strategi pelaburan emas untuk mendapat keuntungan segera adalah dengan memilih jenis emas yang mempunyai nilai "spread" yang rendah.
Strategi menggandakan keuntungan dalam pelaburan emas ini dapat membantu anda memperoleh keuntungan berganda dengan cepat, tanpa risiko, ia bukan skim cepat kaya dan yang paling penting melalui pembelian emas yang sah dengan syarikat pengeluar emas Public Gold yang disahkan oleh Bank Negara. Ini adalah kerana syarikat public gold adalah syarikat pelaburan emas pertama di Malaysia yang dapat memperolehi gelaran Malaysia Book Of Records sebagai syarikat emas yang pertama memproses dan mengeluarkan emas sendiri di Malaysia, Public Gold juga menjual emas paling murah dan syarikat pelaburan emas yang paling cekap dalam perkhidmatan jual beli emas
Teknik Menggandakan Keuntungan Pelaburan Emas
![]() |
Emas pelindung kewangan dan kekayaan manusia yang sebenar |
Teknik menggandakan keuntungan dalam pelaburan emas fizikal adalah :
Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold
Anda perlu ketahui untuk memaksimunkan keuntungan dalam pelaburan emas fizikal public gold dan kelebihan menjadi "Dealer" Public Gold. Setiap tahap dealer public gold atau sistem pangkat dealer public gold akan memberikan komisen yang berlainan dalam pembelian emas. Sistem pangkat dealer public gold terdiri daripada 3 peringkat:
- Master dealer public gold
- Priority dealer
- New dealer
Apabila anda sudah menjadi dealer,syarat yang berikutnya adalah aktifkan akaun dealer anda iaitu mesti beli emas atau jual emas dalam tempoh masa 6 bulan. Contohnya anda menjadi dealer public gold pada 1/1/2013, maka sebelum tempoh 6 bulan iaitu 1/6/2013 anda aktifkan akaun dealer anda dengan membeli mana-mana jenis emas Public Gold atau menjual mana-mana jenis emas kepada Public Gold.
TEKNIK PELABURAN EMAS DAN CARA MEMANIPULASI PELABURAN EMAS FIZIKAL
Teknik
ini lebih cenderung kepada membeli emas sebagai aset simpanan. Anda membeli emas
fizikal dan simpanlah ia selama yang mungkin contohnya 3 – 5 tahun atau lebih.
Emas ini akan menjadi sebagi pelindung kewangan anda dan sumber kewangan anda juga. Anda menjadiakan emas sebagai pelaburan masa panjang dan tidak berniat untuk menjualnya dalam tempoh masa pendek. Jenis emas yang sesuai untuk pelaburan ini adalah emas perhiasan seperti rantai leher Public Gold, rantai tangan Public Gold atau loket Public Gold.
Bagaimana
membuat keuntungan dengan cara ini?
Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu. Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.
Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu. Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.
Cara Mudah Buat Untung Dengan Pelaburan Emas
![]() |
Public Gold menjual emas untuk pelaburan didalam pelbagai jenis berat. |
Kali ini saya akan terangkan cara mudah memulakan pelaburan emas. Pelabur luarbiasa hebat dan bilionair dunia, Warren Buffet menyatakan, " Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan yang jelas potensinya". Kajian yang dilakukan oleh laman web Gold Price menunjukkan, nilai harga emas meningkat secara konsisten setiap tahun selama 12 tahun berturut-turut dan dijangka bakal mencatatkan keuntungan untuk tahun ke-13.
Iaitu jumlah kenaikaan harga dalam peratus adalah sekitar serendah 20% hingga 30% setiap 12 bulan.
Ini bererti, apabila kita memilih untuk membuat pelaburan dalam emas
fizikal, kita berpeluang untuk merasai nikmat keuntungan yang besar hasil dari kenaikan harga emas yang tinggi setiap tahun.
Membeli Ketika Harga Emas Turun
Selamat tahun baru 2013 diucapkan kepada pembaca-pembaca bolg saya. Bulan Disember 2012 yang lepas merupakan bulan yang penuh dengan peluang keemasan dan sangat dinanti-nantikan bagi pelabur-pelabur emas.
Benarkah Begitu?
Saya berkata begitu kerana jika diperhatikan pergerakan graf harga emas, bulan Disember 2012 merupakan di antara bulan yang memperlihatkan penurunan harga emas yang baik. Melalui laman web Public Gold, harga untuk 1 Dinar emas cuma berjumlah RM720 sahaja. Ia adalah harga yang lebih rendah dari penurunan yang berlaku pada bulan Disember 2011.
Bagi mereka pelabur emas yang sudah mengalami situasi sebegini, kebanyakan mereka akan menggunakan masa ini untuk membeli emas sebanyak yang mungkin. Dengan membeli emas pada harga yang rendah para pelabur akan menjualnya apabila harga naik dengan nilai keuntungan berkali-kali ganda. Berdasarkan sejarah harga emas yang lepas, kenaikan harga emas akan bermula pada pertengahan bulan Januari 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)