Emas Bertindak Sebagai Pelindung Kewangan, Momentum Semasa Memberi Isyarat "Beli

Didalam artikel kali ini saya bawakan analisa pasaran emas pada 31 Disember 2012 lepas, artikel ini agak lewat saya hasilkan berikutan ada kerja yang perlu saya utamakan. Walaubagaimanapun artikel ini tetap boleh membantu anda menganalisa pasaran emas untuk pasaran pada Februari akan datang. Emas niaga hadapan Comex untuk Februari berada pada kadar sederhana kukuh dalam semalaman sebagai tindakan logam kuning ini kembali kepada status pelindung kewangan. Emas terus kukuh ditengah-tengah kegagalan dasar AS untuk mencapai persetujuan mengenai perjanjian diminit-minit terakhir untuk mengelakkan pemotongan perbelanjaan dan kenaikan cukai secara automatik yang berkuatkuasa pada Selasa hadapan.


Pakar ekonomi menganggarkan bahawa jika kesan penuh sekatan fiskal yang akan bermula didalam bulan hadapan, ia boleh menjadikan ekonomi AS kembali dalam kemelesetan. Yang seterusnya, mungkin akan menyebabkan Rizab Persekutuan AS dalam kedudukan yang sangat tidak selesa dan juga membuka peluang bagi peningkatan dalam membeli bon secara bulanan.




Analisa Teknikal Pasaran Emas pada 31/12/2012

Secara teknikalnya, pasaran bertambah kukuh keatas dalam jajaran yang kecil berhampiran paras sokongan "support". Buat masa sekarang, kontrak emas pada Februari telah dianggarkan daripada sokongan kukuh pada $ 1636 per auns disetiap peringkat.

Sokongan "support" dan rintangan "resistance" jangka pendek terletak pada sekitar $ 1670 dan $ 1650. Pelabur utama dan kecil perlu memantau rapat tahap ini. Jika harga pasaran mampu untuk berada di atas paras $ 1670, ia akan menjadi isyarat kenaikan jangka pendek dan mengesahkan zon rintangan "resistance zon" paling rendah terbentuk sekitar $ 1636.

Pergerakan purata "Movin Average, MA" untuk 200-hari bergerak sekitar $ 1,667 pada Isnin, mengukuhkan zon rintangan "resistanse zon" pada $ 1667/1670. Jika kenaikan boleh mencapai zon itu, akan menjadi perkembangan yang baik.

Melihat petunjuk momentum,
kekuatan relatif indeks(RSI) untuk 9-hari telah bertukar menjadi lebih tinggi dari paras lebihan jualan "oversold". Satu bacaan yang dikira untuk 9-hari menunjukkan (RSI) pada 38% pada hari Isnin. Ini adalah menyerupai isyarat "beli" seperti yang dilihat pada awal November (anda boleh merujuk pada Rajah 1 di bawah). Pada awal November, (RSI) berjaya keluar dari paras lebihan jualan "oversold", kira-kira $ 120 per auns setiap kenaikan.

Dalam usaha untuk "mengesahkan" momentum yang semakin meningkat, kenaikan paras harga emas perlu untuk berada di atas $ 1670 untuk memecah keluar dari zon harga ketika ini.

Jika berlaku sebaliknya, penurunan di bawah $ 1650 akan membuka ruang untuk menguji sokongan "support" pada paras $ 1.636.

Tetapi, sekarng ini momentum menyebelahi kenaikan harga emas.

Suasana pasaran pada hari Isnin adalah berkemungkinan tiada apa-apa perubahan mendadak, dengan kebanyakkan pemain pasaran mengambil cuti awal menjelang cuti Tahun Baru pada Selasa lepas. Tahun Baru akan menjadi permulaan baru dengan sumber kewangan baru untuk dilaburkan dalam pasaran emas. Dari perspektif teknikal jangka pendek, kenaikan semula melebihi paras $ 1670 akan meletakkan emas dalam kategori aset pelaburan yang paling digemari dalam permulaan tahun baru ini.

No comments:

Post a Comment