Iaitu jumlah kenaikaan harga dalam peratus adalah sekitar serendah 20% hingga 30% setiap 12 bulan. Ini bererti, apabila kita memilih untuk membuat pelaburan dalam emas fizikal, kita berpeluang untuk merasai nikmat keuntungan yang besar hasil dari kenaikan harga emas yang tinggi setiap tahun.



Dimanakah Kita Boleh Dapatkan Sumber Rujukan Harga Emas?
Antara sumber rujukan yang baik dan tepat yang boleh digunakan untuk mengetahui kenaikan harga emas adalah Kitco dan goldprice.org. Dalam laman web ini, mereka akan memaparkan harga pasaran emas semasa. Malah Public Gold juga menggunakan laman web Kitco sebagai rujukan harga pasaran emas dunia.

Namun begitu, ramai individu yang membeli emas sebagai pelaburan gagal untuk mendapat pulangan yang lumayan. Hal ini biasanya disebabkan oleh kegagalan mereka untuk memahami asas untuk membuat keuntungan dengan pelaburan emas.

Membeli Ketika Murah, Menjual Ketika Tinggi
Ini adalah asas dalam mana-mana pelaburan termasuk pelaburan emas dan pelaburan saham. Menggunakan kesempatan harga emas yang menurun untuk membeli emas dalam tempoh tersebut. Ketika paras harga emas turun, maka lakukan pembelian emas fizikal dengan segera.
Antara produk-produk emas fizikal dan logam berharga yang sesuai untuk pelaburan adalah:
  • Syiling emas Public Gold.
  • Syiling emas Dinar Public Gold.
  • Public Gold Bar.
  • Syiling Dirham Public Gold.
  • Public Gold silver bar
Bilakah Harga Emas Akan Menurun?
Ia adalah soalan yang sering ditanya oleh pelabur yg ingin memulakan pelaburan emas fizikal, bagaimana untuk mengetahui secara tepat harga emas bakal turun dan menjangkakan perjalanan harga pasaran emas dunia adalah sukar untuk kita ketahui. 

Namun, kita bole melakukan analisa teknikal terhadap harga pasaran emas semsa dalam mentafsir pergerakan harga emas. Tips dan "skills" dalam analisa teknikal ini akan saya kongsikan bersama anda didalam blog saya ini. dan sebagai permulaan untuk pelabur emas fizikal yang baru, saya nasihatkan belilah emas sekrang ketika anda mampu membelinya. Jangan menunggu terlalu lama.

Beli Sekarang Apabila Mampu
Sekiranya seorang pelabur baru yang tidak mempunyai kepakaran untuk menganggarkan nilai harga emas semasa, maka jalan yang terbaik adalah membeli emas ketika anda mampu. Ini bermakna, apabila kita mempunyai wang yang cukup untuk membeli emas (contohnya 1 dinar emas Public Gold 4.25 gram) pada harga RM725, maka terus membelinya tanpa ragu-ragu atau bertangguh-tangguh.

Ini kerana kita tidak tahu sama ada hari esok harga emas akan naik atau sebaliknya. Apabila kita telah melakukan pembelian emas, sekurang-kurangnya kita telah memiliki aset emas fizikal. Teknik ini disyorkan kepada pelabur - pelabur emas fizikal baru berdasarkaan keuntungan yang pasti anda akan peroleh iaitu kenaikan harga emas yang dijangkakan meningkat 20% hingga 30% setiap tahun selama 12 tahun berurut-turut.

Sebagai contoh mudah untuk anda, apabila kita sudah membeli 1 dinar emas Public Gold pada harga RM725 nilai jualan yang bakal kita peroleh pada tahun hadapan adalah sekitar RM960 (Jika peratusan kenaikan 20% pada tahun tersebut).

Ini bermakna kita akan memperoleh keuntungan sebanyak RM160. Ini adalah harga untuk 1 dinar emas. Bagaimana pula dengan nilai keuntungan apabila kita membeli 10 dinar emas pada tahun ini, dan menjualnya pada tahun hadapan?

Berdasarkan kiraan kasar, kita akan memperoleh keuntungan sebanyak RM1,600 dalam tempoh 12 bulan pelaburan.

Persediaan Sebelum Membeli
Berdasarkan kajian harga semasa, untuk bermula sebagai pelabur emas yang bijak, modal yang diperlukan adalah sekitar RM725 untuk membeli 1 dinar emas Public Gold yang mempunyai berat 4.25 gram ketika artikel ini dikeluarkan.

Peringatan Untuk Pelabur Emas
Ramai individu dan pelabur - pelabur baru yang terlalu ghairah apabila mengetahui potensi pelaburan emas dengan cara pelaburan emas yang jauh lebih mudah dari pelaburan saham. Namun kesilapan yang sering mereka lakukan adalah menggunakan wang keperluan harian untuk membeli emas.

Para pelabur perlulah ingat bahawa pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Justeru itu, belilah emas dengan menggunakan wang lebihan sahaja pada tahap permulaan. Ini bagi mengelakkan diri kita daripada menanggung kerugian selepas menggunakan duit keperluan harian untuk membeli emas. Saya harap ilmu yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Terima Kasih.