Membeli Ketika Harga Emas Turun



Selamat tahun baru 2013 diucapkan kepada pembaca-pembaca bolg saya. Bulan Disember 2012 yang lepas merupakan bulan yang penuh dengan peluang keemasan dan sangat dinanti-nantikan bagi pelabur-pelabur emas.

Benarkah Begitu?
Saya berkata begitu kerana jika diperhatikan pergerakan graf harga emas, bulan Disember 2012 merupakan di antara bulan yang memperlihatkan penurunan harga emas yang baik. Melalui laman web Public Gold, harga untuk 1 Dinar emas cuma berjumlah RM720 sahaja. Ia adalah harga yang lebih rendah dari penurunan yang berlaku pada bulan Disember 2011.


Harga emas ini berdasarkan laman web Public Gold pada 1/1/2013.

Bagi mereka pelabur emas yang sudah mengalami situasi sebegini, kebanyakan mereka akan menggunakan masa ini untuk membeli emas sebanyak yang mungkin. Dengan membeli emas pada harga yang rendah para pelabur akan menjualnya apabila harga naik dengan nilai keuntungan berkali-kali ganda. Berdasarkan sejarah harga emas yang lepas, kenaikan harga emas akan bermula pada pertengahan bulan Januari 2013.



Inikah Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Emas?
Jawapanyan ialah Ya, inilah masa yang sesuai membeli emas, tiada harga yang lebih rendah daripada penurunan emas pada bulan Disember 2012.

Tetapi soalan yang sepatutnya ditanya, adakah harga emas akan naik semula? berapa banyakkah kenaikan harga emas setahun?. Berdasarkan sejarah dan analisa dari graf harga emas yang telah dilakukan selama 5 tahun, peratusan kenaikan harga emas pada setiap tahun adalah sekitar 20% hingga 30%.

Analisa ini jelas menunjukkan setiap pelabur emas akan mendapat hasil keuntungan yang lumayan daripada pelaburan emas. Terutamanya dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, para pelabur menjadikan emas sebagai pelindung nilai kekayaan mereka.

Oleh itu, penurunan harga emas yang mendadak yang berlaku pada Disember 2012 ini menjadi bulan untuk pelabur emas membeli emas sebanyak mungkin, nasihat saya membelilah emas berdasarkan kemampuan anda.

Langkah seterusnya, tunggu dalam tempoh 3 bulan pertama. Kenapa ? Berdasarkan Sejarah harga emas, Kitaran kenaikan harga emas adalah berlaku setiap 3 bulan, Kita boleh lihat peningkatan harga yang baik terhadap harga emas. Kita boleh perhatikan pergerakan harga emas ini melalui laman web Public Gold juga. Apabila telah tiba waktu kemuncak kenaikan harga emas itu, maka kita sebagai pelabur emas mempunyai dua pilihan iaitu:
  1. Menjual semua emas yang kita beli pada harga yang telah nak tinggi.
  2. Menjual 50% daripada emas yang dimiliki. Bakinya adalah sebagai aset simpanan bagi kenaikan harga yang seterusnya.
Untuk pengetahuan anda, Setiap kenaikan harga emas yang berlaku pada setiap 3 bulan, harga emas akan turun sedikit, dan masa ini digunakan sebaik mungkin oleh pelabur emas untuk membeli emas semula pada harga yang lebih rendah.
Beli Emas Tanpa Rasa Takut Antara yang menjadi penghalang dalam diri kita untuk memulakan pelaburan emas adalah rasa takut untuk menggunakan wang didalam pelaburan emas. Dari segi psikologinya, kita bukan takut melabur kerana tidak yakin dengan potens pelaburan emas.

Tetapi kita takut kerana kita tidak mengetahui teknik pelaburan emas ini dan bagaimana untuk menguruskan aliran tunai keluar masuk duit kita didalam pelaburan emas. Jika kita sering gagal untuk menguruskan duit dengan baik. Ini bermaksud, kita tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti setiap duit yang dikeluar dapat memberikan pulangan keuntungan masuk berkali-kali ganda dalam tempoh yang ditetapkan.

Dengan itu, langkah yang terbaik untuk bermula adalah melihat kembali wang didalam akaun simpanan kita. Kemudian tanya diri anda seperti soalan di bawah, dan anda fikirkan dalam-dalam:
  • Adakah duit ini saya akan gunakan dalam tempoh 3 bulan dari sekarang?
  •  Adakah duit simpanan saya ini mampu memberi pulangan pendapatan kepada saya?
  • Adakah saya mahu mengubah hidup saya dari segi kewangan, dengan menggunakan duit ini didalam pelaburan emas?
Sekiranya jawapan anda adalah dalam kategori yang positif, maka gunakan wang simpanan anda dalam kuantiti yang minimum, dan kawal aliran keluar duit simpanan anda. Sentiasa sematkan didlam fikiran anda, setiap pelaburan ada risikonya. Tetapi risiko pelaburan emas fizikal adalah risiko yang paling randah dengan pulangan keuntungan yang tinggi. Perlu diketahui pelaburan emas mempunyai kenaikan dan penurunan harga seperti pelaburan saham, bezanya didalam pelaburan emas setiap kenaikan dan penurunan harga mendatangkan keuntungan kepada pelabur emas.

Nasihat saya, beli emas dalam kuantiti yang kita mampu terlebih dahulu. Jika mampu beli 1 Dinar emas, maka belilah 1 Dinar emas terlebih dahulu.

Kerana daripada langkah kecil kita ini melalui pelaburan emas, ia akan memotivasikan kita untuk terus mencipta strategi bagi melaburkan lebih banyak duit untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang. Dan ketahuilah kebanyakkan pelabur-pelabur emas di Malaysia ini memulakan pelaburan mereka dari nilai pelaburan yang sedikit termasuklah saya. Seperti kata pepatah melayu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Sekiranya anda ada sebarang persoalan mengenai pelaburan emas, atau berminat untuk membeli emas, boleh lakukannya menerusi ruangan komen yang disediakan di bawah.

Semoga artikel dan blog pelaburan emas saya ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua dan nikmat kepada tuan dan puan dari segi ekonomi.




No comments:

Post a Comment