Analisa Teknikal Harga Emas Sehingga 4 Jan 2013

Selamat sejahtera kepada anda semua, kali ini saya akan bincangkan analisa teknikal sepanjang minggu lepas, Mari kita terus ke analisa teknikal dibawah:


Graf 1: Analisa teknikal untuk minggu lepas sehingga 4 Januari 2013



Dari graf harga emas diatas, kita dapat lihat teknik "Support and resistance", Moving Average dan MACD digunakan. Seperti yang anda lihat pada graf diatas harga emas masih lagi dalam kedudukan "downtrend", garis rintangan "resistance" secara teknikalnya berada pada paras $1695.40 per auns, secara psikologinya pada paras $1700.00. Rintangan ini yang cuba dipecahkan oleh pelabur-pelabur emas untuk masa sekarang ini. 


Zon rintangan "resistance zon" yang saya tafsirkan akan berada sekitar $1695.60 hingga $1795.60 per auns. Pada Jumaat 4 Jan lalu, harga emas ditutup pada $1652.2 yang terendah sepanjang minggu lepas. Dijangka sekiranya harga emas berjaya melepasi paras rintangan "resistance" pada $1695.40, harga emas akan mula mencatatkan keuntungan dan memulakan pergerakan menaik. 

Manakala garis sokongan "support" secara teknikalnya pada paras $1626.00 per auns. Berita baiknya harga emas terus kekal berada diatas paras sokongan "support" sejak awal December 2012 lagi, ini menunjukkan harga emas berada dalam keadaan stabil dan masih menjadi pelaburan komomditi utama diseluruh dunia. 

Sekarang kita beralih kepada pergerakan purata "Moving Average", garis "moving average" diatas diambil dari 200 hari sehingga hari Jumaat 4 Jan 2013 lepas dan merujuk kepada "long term average". Pergerakan purata "Moving Average terbahagi kepada dua, purata jangka pendek"short term average" dan purata jangka panjang "long term average". "short term average" dinilai setiap minggu, dan walaupun dari graf diatas saya tidak sertakan sekali "short term average" bagi minggu lepas tetapi anda bole menconggak pergerakan "short term average" dari graf "candle stick" diatas. 

Saya mempunyai tips untuk anda didalam melakukan analisa teknikal terhadap "moving average", jika "short term average" melintasi garis "long term average" dari bawah ke atas ia memberi petunjuk isyarat beli "buy", manakala jika "short term average" melintasi garis "long term average" dari atas kebawah ia memberi petunjuk isyarat beli "sell". Maka dari graf diatas anda dapat melakukan analisa teknikal bahawa ia memberi petunjuk isyarat jual "sell" sejak Jumaat lepas. 

Satu lagi tips untuk anda mengenai "Moving average" ialah jika harga pasaran emas ditutup berada diatas garis "moving average" ia menunjukkan kedudukan pasaran emas ketika itu akan kekal untuk tempoh jangka masa yang panjang. Manakal jika harga pasaran emas ditutup berada dibawah garis "moving average" ia menunjukkan kedudukan pasaran emas yang berada dalam tempoh jangka panjang akan berubah kedudukan dan mewujudkan satu kedudukan baru untuk tempoh yang pendek sahaja. Dan dari graf diatas, ia memberitahu bahawa kedudukan isyarat jual "sell"adalah tidak kekal lama, dan kemungkinan kedudukan harga emas minggu lepas akan berubah naik untuk pasaran minggu hadapan.

Kini kita beralih pula kepada "moving average convergence-divergence, MACD", saya ada tips untuk dikongsikan dengan anda mengenai MACD. Sekiranya satu garis MACD (biru) melintasi satu garis isyarat "signal line" (merah) yang lain ia memberi isyarat sama ada jual "sell" atau beli "buy". Isyarat beli "buy" terhasil apabila garis MACD menyilangi garis isyarat "siganal line" yang satu lagi dalam kedudukan keatas. Isyarat jual "sell" pula terhasil apabila garis MACD menyilangi garis isyarat yang satu lagi dalam kedudukan kebawah. Dan melalui graf diatas, pasaran harga minggu lepas bermula dengan isyarat beli "buy" dan berubah kepada isyarat jual "sell" pada Jumaat lepas

Satu lagi tips untuk anda mengenai MACD ialah MACD boleh membantu kita mengenal pasti perbezaan diantara petunjuk atau aktiviti harga pasaran semasa, yang mungkin memberi isyarat trend akan berubah arah(kedudukan) atau trend kehilangan momentum. Dari graf diatas kita dapat lihat garis MACD merekodkan bacaan yang lebih rendah dari garis isyarat bermula dari hujung Disember 2012, kedudukan yang rendah dalam "signal line" mengesahkan aliran menurun semasa, tetapi garis MACD yang jauh lebih rendah menunjukkan momentum menurun semakin lemah. Jadi analisa teknikal dari MACD menguatkan lagi bahawa penurunan harga yang direkodkan pada minggu lepas semakin hilang mementom dan akan mengubah kedudukan harga emas pada minggu hadapan.

Graf 2: Analisa teknikal untuk minggu lepas sehingga 4 Januari 2013
Kita teruskan analisa kita kepada graf no 2, seperti yang anda dapat lihat diatas saya menggunakan bollinger band dan relative strength index (RSI) dalam analisa teknikal saya untuk graf kedua ini. Bollinger band digunakan untuk menentukan lebihan jualan dan lebihan belian serta menganggarkan pergerakan harga ke arah harga sasaran. Semakin luas jarak diantara B-band dalam graf menunjukkan semakin besar ketidaktentuan harga emas, B-band yang lebih kecil memberi gambaran ketidaktentuan harga yang kurang.

Bollinger band adalah sesuai digunakann bersama dengan RSI didalam membuat analisa teknikal, ia akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang pergerakan harga pasaran. Saya akan berikan kepada anda tips dalam menggunakan bollinger band bersama RSI. Jika harga pasaran menyentuh bahagian atas B-band dan graf RSI tidak menunjukkan pergerakan menaik, isyarat jual dijana. Jika graf RSI mengesahkan pergerakan menaik, tiada isyarat jual dijana, tetapi isyarat beli ditunjukkan.

Jika harga pasaran menyentuh bahagian bawah B-band dan RSI tidak meenunjukkan pergerakan menurun, isyarat membeli dihasilkan. Jika graf RSI menunjukkan pergerakan menurun, isyarat menjual dihasilkan.

Untuk pergerakan harga emas pada minggu lepas, kita dapat lihat harga pasaran menyentuh bahagian bawah B-band dan graf RSI menunjukkan pergerakan menurun maka ia memberi isyarat jual "sell".

Analisa keatas RSI pula bertujuaan adalah untuk mengukur kekuatan atau kelemahan pasaran. RSI yang tinggi, melebihi 70, menunjukkan pasaran menaik adalah "overbought" atau melemahkan kenaikan harga pasaran. Sebaliknya, RSI rendah, di bawah 30, menunjukkan pasaran "oversold" atau penurunan harga yang semakin tenat. Walaupun anda boleh menggunakan RSI sebagai penunjuk "overbought" dan "oversold", ia terbaik digunakan apabila kegagalan ritma graf berlaku antara RSI dan harga pasaran. Sebagai contoh, pasaran merekodkant paras tertinggi baru selepas melepasi rintangan "resistance", tetapi RSI tidak melebihi paras tertinggi sebelumnya.

Satu lagi penggunaan RSI adalah memberi petunjuk wujudnya perselisihan dalam pasaran. Harga pasaran terus bergerak lebih tinggi / lebih rendah manakala RSI gagal untuk bergerak lebih tinggi / lebih rendah dalam tempoh masa yang sama. Dari graf diatas menunjukkan harga pasaran bergerak seiring dengan pergerakan RSI memberi isyarat kepada kita pergerakan harga dalam keadaan normal tanpa dipengaruhi oleh spekulasi.

Kedudukan RSI 38.49% diatas 30% adalah isyarat yang baik, berbanding minggu terakhir dalam bulan Disember 2012. Peningkatan nilai RSI menunjukkan peningkatan permintaan logam berharga ini.

Sampai disini analisa teknikal saya untuk harga emas pada minggu lepas sehingga 4 Jan 2013. Saya harapkan analisa teknikal ini dapat memberi manfaat dan membantu anda didalam merancang pelaburan emas anda.
































1 comment:

  1. .


    Kursus Pelaburan EMAS (Saving/SpotGold/Brg Kemas)

    Kandungan Kursus GOLD trading (Personal Coaching):

    Sesi Advance: Pelaburan Emas Fizikal - Gold Bar / Barang Kemas ( Pelaburan Jangka Panjang )
    Sesi Intermediate: Spot Gold strategy ( Pelaburan Harian - Pulangan RM100 SEHARI ! )
    Sesi Beginner: Pelaburan Emas Simpanan Tetap di Bank melalui Buku Akaun



    Kelas dijalankan di Seluruh Negara pada hari Ahad atau Rabu di kawasan sekitar...

    ...Port Dickson, Kuantan, Chini, Perak, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan, Bintulu, Kuching, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Klang, Terengganu, Kerteh, Pulau Pinang, Labuan, Puchong-Putrajaya, Kelantan, Langkawi & Kerteh


    *Kelas juga boleh diambil secara Online


    Pendaftaran boleh dibuat di : http://klgoldshop.2ya.com
    Maklumat lanjut di : http://KLFX.blogspot.com






    *****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !

    ReplyDelete