5 Faktor Punca Kegagalan Pelabur Emas

Ilmu pelaburan emas adalah sangat penting


Kali ini saya bawakan artikel bertajuk 5 faktor punca kegagalan pelabur emas, artikel ini adalah hasil ari pengalaman saya selama menjadi pelabur dan "dealer" Public Gold sejak 2010. Ramai diantara kita mengetahui pelaburan emas memberi pulangan yang sangat baik, kurang berisiko dan kerana itu ramai yang ingin memulakan pelaburan emas. Tetapi masih ramai yang takut-takut untuk memulakan pelaburan emas kerana tiada panduan. Dengan saya bawakan 5 faktor punca kegagalan pelabur emas ini, anda boleh menggunakannya sebagai panduan anda dalam memulakan pelaburan emas. Sekarang kita teruskan kepada 5 faktor punca kegagalan pelabur emas dibawah:



1. Tiada ilmu - Didalam mana-mana pelaburan sekali pun, mempunyai ilmu sebelum menceburi satu-pelaburan itu adalah wajib. Begitu juga dengan pelaburan emas walaupun ia adalah pelaburan yang paling selamat dan mempunyai pulangan yang tinggi. Tanpa ilmu anda akan sesat tanpa arah didalam dunia pelaburan emas ini. Ada diantara pelabur emas yang memulakan pelaburan atas ikut-ikutan kawan, ahli keluarga atau saudara-mara. Mengikut jejak langkah mereka yang berjaya didalam pelaburan emas adalah tidak salah, tapi mengikut tanpa ilmu umpama anda berjalan didalam gelap tanpa cahaya, anda pasti akan sesat tanpa arah. Saya sentiasa berkongsi ilmu pelaburan dengan rakan-rakan dan mereka yang berminat dengan pelaburan emas. Kepada mereka yang menjadikan saya sebagai "Dealer" mereka, sudah pastinya panduan dan teknik-pelaburan saya kongsi bersama mereka. Itu adalah tanggungjawab saya dalam membantu anda dan sama-sama berjaya didalam pelaburan emas fizikal ini.

2. Tamak - Sifat tamak adalah satu sifat yang dikeji didalam Islam, malah didalam dunia pelaburan sifat tamak adalah musuh ketat didalam diri seorang pelabur. Ramai pelabur-pelabur emas yang gagal disebabkan tamak. Ada diantara pelabur yang menggunakan kesemua duit simpanannya untuk pelaburan emas. Ini menyebabkan jika berlaku kecemasan dan anda memerlukan wang tunai dengan segera, anda terpaksa menggunakan aset pelaburan emas anda untuk ditunaikan. Anda perlu ketahui pelaburan emas fizikal adalah pelaburan untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, ia bukanlah skim cepat kaya yang penuh dengan penipuan yang menjanjikn pulangan dalam masa terdekat. Nasihat saya kepada yang ingin memulakan pelaburan emas, gunakanlah sebahagian sahaja wang simpanan anda untuk memulakan pelaburan emas. Dan sekiranya anda ada lebihan wang, belilah emas dari semasa ke semasa tanpa membebankan diri anda. Sifat tamak ini juga menyebabkan ramai pelabur-pelabur emas yang terperangkap didalam pelaburan emas yang bersifat penipuan seperti apa yang terjadi pada pelabur-pelabur Geneva Malaysia, VGMC dan seumpanya dengannya. Bagaimana untuk anda kenal pasti syarikat yang menjalankan konsep pelaburan bersifat penipuan ini? Cara yang paling mudah untuk anda kenal pasti penipuan didalam pelaburan emas adalah apabila syarikat itu menjanjikan pulangan keuntungan pelaburan emas setiap bulan dengan peratusan pelaburan diluar logik akal. Untuk pengetahuan anda pulangan yang diberikan setiap bulan kepada pelabur-pelabur mereka adalah datang dari pelabur-pelabur baru yang mendepositkan duit pelaburan kedalam akaun syarikat tersebut. Perlulah kita ingat pelaburan emas adalah pelaburan untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.

3. Tiada Perancangan yang Betul - Kesilapan ini sering dilakukan oleh pelabur-pelabur emas dalam menggunakan teknik-teknik pelaburan emas. Ada diantara pelabur-pelabur emas yang menggunakan teknik pajak gadai di Ar-rahnu didalam pelaburan emas dan kebanyakan pelabur emas termakan dengan teknik ini. Perlu diketahui duit dari pajakan emas tersebut adalah bersifat duit pinjaman dari Ar-rahnu dengan emas menjadi cagaran. Dalam tempoh yang diberikan anda perlu membayar balik duit pajakn emas itu sekiranya anda ingin mendapat semula emas yang dijadikan, jika tidak emas itu akan dilelong kepada pelanggan emas yang lain. Kesilapan pelabur emas disini adalah menggunakan duit pajakan emas itu untuk urusan peribadi seperti berhibur atau bercuti. Anda dingatkan supaya menggunakan duit pajakan emas itu untuk menggandakan pelaburan emas anda atau untuk memulakan perniagaan, sesuatu yang memberikan pulangan balik kepada anda. Bukan untuk anda berhibut atau pergi bercuti. Selain itu kesilapan pelabur dalam memilih syarikat pengeluar emas dalam membeli emas untuk pelaburan. Anda dinasihatkan membeli emas dengan syarikat yang kukuh dan mampu membeli emas anda semula pada bila-bila masa sahaja. Kerana itu saya memilih Public Gold.

4. Terburu - buru - Sikap ini sering menghantui mereka yang ingin memulakan pelaburan eams. Sebelum anda memulakan pelaburan emas, ambillah masa anda untuk mencari dan selidiklah syarikat yang terbaik untuk anda beli emas dan memulakan pelaburan emas. Terlalu banyak syarikat yang mengambil kesempatan diluar sana sempena keuntungan didalam pelaburan emas dengan menggunakan konsep penipuan. Gunakan masa anda untuk anda merancang kewangan anda, pastikan duit yang anda gunakan untuk pelaburan emas itu tidak mebebankan anda dan duit simpana anda cukup sekiraanya ada sebarang kecemasan anda memerlukan duit. Sifat terburu - buru ini juga mempengaruhi pelabur dalam membeli emas. Anda dinasihatkan pilihlah masa yang sesuai dalam membeli emas, kerana trend harga emas terbahagi kepada dua; trend membeli "downtrend" dan trend menjual "uptrend". Ramai diantara "dealer" diluar sana yang mengambil kesempatan keatas pelabur - pelabur baru didalam pelaburan emas ini dengan menyuruh mereke membeli emas dengan segera sebelum terlambat, ada yang mewar-warkan jika anda tidak membeli emas sekarang anda tiada "benchmark" harga emas untuk pelaburan emas anda, tiada siapa yang boleh meramal bila harga emas akan turun. Malangnya ramai yang sudah termakan dengan ayat-ayat sebegini. Sedihnya ayat ini hanyalah separuh betul dan separuh lagi tidak betul. Memang benar tiada siapa didunia ini boleh meramal bila harga emas akan turun dan membeli emas pada itu. Tetapi harga emas boleh dianggar dan dikira melalui analisi teknikal keatas graf harga emas. Walaupun ia hanyalah sekadar anggaran tetapi analisis teknikal ini memberi anda idea dan gambaran kemana hala tuju harga emas itu. Dengan itu anda boleh bersedia dan mengambil langkah kehadapan serta merancang pelaburan anda dengan lebih baik. nJadi anda perlulah memilih "dealer" yang dapat membimbing anda didalam pelaburan emas ini bukan semata-semata mencari keuntungan.Kerana itu saya mempelajari ilmu analisa teknikal ini walaupun ia menelan perbelanjaan beribu-ribu ringgit. Di Malaysia ini terlalu kurang "delar" atau pelabur-pelabur emas yang boleh melakukan analisa teknikal melalui graf pasaran emas. Dan ilmu ini yang akan saya kongsikan bersama anda dari masa ke semasa sekiranya masa mengizinkan. InsyaAllah.

5. Mudah Putus Asa - Pasti ada diantara pelabur-pelabur emas diluar sana telah melakukan kesilapan-kesilapan seperti diatas, dan gagal didalam pelaburan emas mereka. Anda perlulah ingat didunia ini setiap orang akan mengalami kegagalan, tetapi yang penting bagaimana anda bangun dari kegagalan itu. Anda janganlah mudah putus asa diatas kegagalan anda. Mulakan balik pelaburan emas anda walaupun anda perlu bangun semula dari bawah, walaupun anda terpaksa memulakan pelaburan anda dari nilai yang kecil. Kerana kesungguhan anda masa sekarang penentu kejayaan anda dimasa hadapan. Percayalah kegagalan itu sendiri akan menjadi guru kepada anda supaya lebih matang dan berilmu didalam dunia pelaburan emas ini. Jika anda ada sebarang pertanya atau sebarang ilmu yang ingin anda ketahui, anda boleh menghubungi saya pada bila-bila masa. Malah jika anda ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama, anda boleh utarakan komen anda dibawah. Sampai disini artikel saya, harap ia memberi manfaat kepada anda semua.

1 comment:

  1. .



    Kursus Pelaburan EMAS (Saving/SpotGold/Brg Kemas)

    Kandungan Kursus GOLD trading (Personal Coaching):

    Sesi Advance: Pelaburan Emas Fizikal - Gold Bar / Barang Kemas ( Pelaburan Jangka Panjang )
    Sesi Intermediate: Spot Gold strategy ( Pelaburan Harian - Pulangan RM100 SEHARI ! )
    Sesi Beginner: Pelaburan Emas Simpanan Tetap di Bank melalui Buku Akaun



    Kelas dijalankan di Seluruh Negara pada hari Ahad atau Rabu di kawasan sekitar...

    ...Port Dickson, Kuantan, Chini, Perak, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan, Bintulu, Kuching, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Klang, Terengganu, Kerteh, Pulau Pinang, Labuan, Puchong-Putrajaya, Kelantan, Langkawi & Kerteh


    *Kelas juga boleh diambil secara Online


    Pendaftaran boleh dibuat di : http://klgoldshop.2ya.com
    Maklumat lanjut di : http://KLFX.blogspot.com





    *****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !

    ReplyDelete