Teknik Menggandakan Keuntungan Pelaburan Emas



Emas pelindung kewangan dan kekayaan manusia yang sebenar

Teknik ini boleh digunakan untuk menggandakan keuntungan pelaburan emas dalam jangka masa sederhana atau jangkamasa panjang bagi memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas. Didalam artikel ini diberikan teknik memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas anda untuk menggandakan keuntungan. Faktor paling penting dalam pelaburan emas fizikal adalah teknik menggandakan keuntungan melalui cara pembelian emas, cara manipulasi emas dan menjual emas pada masa yang sesuai.

Teknik menggandakan keuntungan dalam pelaburan emas fizikal adalah :


1. Membeli emas pada masa sesuai ketika harga emas rendah.
Masa yang paling baik membeli emas adalah pada masa harga rendah. Harga emas menurun dipengaruhi oleh beberapa faktor, diantaranya spekulasi, kemelesetan ekonomi dunia, bebanan hutang sesebuah negara, dan kejatuhan dolar AS. 

Untuk mengetahui dang menjangkakan bila harga emas akan turun dengan tepat adalah mustahil. Maka cara terbaik adalah dengan membeli emas pada masa harga emas dibawah tahap rintangan "resistance" seperti yang berlaku sekarang. 

Saya berikan contoh mudah untuk anda, pada bulan Disember 2012 harga emas berada pada paras terendah kerana krisis kewangan negara-negara eropah dan juga bebanan hutang Amerika, dengan itu saya membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas, kerana ingin mengeksploit peluang keemasan harga emas rendah. 

Penurunan harga emas yang sangat rendah menyebabkan harga emas meningkat dengan kadar segera. Dengan cara ini saya memperoleh keuntungan dalam masa singkat, tidak sampai 6 bulan dari tarikh saya beli ketika harga emas jatuh. Bagi mereka yang baru ingin memulakan pelaburan emas fizikal, anda masih boleh membeli emas sekarang sebagai penanda aras harga untuk diri anda dan harga emas masih ditahap rendah lagi ketika ini. Sekiranya anda membeli emas pada harga tinggi sedikit, anda tidak perlu risau kerana kenaikan emas adalah sepanjang tahun.

Sekiranya anda membeli emas pada harga yang tinggi sedikit, anda boleh praktikkan kaedah purata harga "averaging cost" iaitu anda gadaikan emas tersebut dan membeli emas pada harga rendah. Jadi emas berharga tinggi yang anda beli sudah semakin murah bila dikira purata harga emas. Untuk pengetahuan anda Public Gold telah membuka kemudahan pajakan untuk pelanggan-pelanggan Public Gold. Public Gold menerima semua jenis emas Public Gold termasuk gold bar.

Saya nasihatkan jangan tunggu terlalu lama untuk membeli emas kerana harga emas akan sentiasa naik tidak menunggu kita dan yakinlah rezeki adalah ketentuan Allah yang maha kuasa.

2. Teknik purata harga emas.
Harga emas tidak dapat di ramal oleh sesiapa dengan tepat, Yang boleh dilakukan adalah dengan membuat analisa teknikal untuk melihat "trend" pergerakan harga emas semasa. Harga emas sentiasa turun dan naik dalam setiap minit, kaedah yang paling selamat adalah denganmenggunakan kaedah purata harga dalam mengandakan keuntungan pelaburan emas fizikal. 

Anda boleh mengikuti analisa teknikal dari masa ke semasa yang saya lakukan melalui blog saya ini. Contoh teknik pemurataan harga ialah katakan anda beli emas 1 dinar pada harga RM800, selepas itu harga turun anda beli lagi emas 1 dinar dengan harga RM780 dan beli lagi dengan harga RM760, jadi harga emas 1 dinar anda sebenarnya adalah RM800+RM780+RM760 bahagi 3 iaitu RM780.

3. Menambah ilmu mengenai pelaburan emas dan belajar teknik melakukan analisa harga emas.
Anda boleh menjadikan blog saya sebagai sumber ilmu pelaburan emas anda, ini kerana saya menulis mengenai perkembangan pelaburan emas, teknik pelaburan emas dan Analisa teknikal dari masa ke semasa. Untuk mengandakan keuntungan dalam pelaburan emas, anda mestilah belajar dan dapatkan ilmu tentang emas. Ilmu yang bermanfaat kita perlulah berkongsi.


4. Beli emas yang mempunyai nilai  "spread"  yang rendah.
Apa itu "spread"?, "Spread" adalah harga emas yang diterima oleh Public Gold ketika kita menjualnya. Sewaktu ingin membeli emas,pilih emas pelaburan yang mempunyai "spread" yang rendah supaya anda boleh memaksimumkan keuntungan pelaburan anda iaitu seperti syiling dinar atau goldbar. Syiling emas dinar yang mempunyai "spread" harga emas yang rendah ialah 10 dinar dan gold bar pula adalah 100g gold bar atau 250g gold bar. Barang kemas tidak sesuai dijadikan emas pelaburan kerana mempunyai spread yang tinggi. Untuk pengetahuan anda nilai "spread" untuk produk emas public gold adalah sekitar 4-6% dan merupakan yang terendah di Malaysia. Untuk perbandingan nilai "spread" untuk gold bar Poh Kong adalah sekitar 11-20%, manakala syarikat pengeluar emas yang lain mempunyai nilai "spread" 10% keatas. Lihat betapa jauhnya beza nilai "spread" antara emas Public Gold dan lain-lain pengeluar.

5. Tingkatkan modal pelaburan emas dari masa ke semasa terutama apabila harga emas rendah. 
Nasihat dari saya ketika harga emas turun dan mempunyai lebihan duit, maka belilah emas untuk menambah modal pelaburan emas.Sekirany harga emas turun mendadak dan anda mempunyai kemampuan serta layak untuk membuat pinjaman peribadi, Gunakanlah peluang itu sepenuhnya dan inilah masa yang paling sesuai untuk anda menambah modal pelaburan emas anda. Secara langsung menggandakan keuntungan anda. Interest pinjaman peribadi dari bank hanya sekitar 5% sahaja sedangkan purata kenaikkan harga emas adalah 25% hingga 30% setahun. Menunjukkan anda tidak akan rugi membuat pinjaman peribadi untuk pelaburan emas fizikal ini

6. Teknik manipulasi emas fizikal.
Satu kelebihan emas fizikal adalah kerana kita dapat manipulasi emas dengan teknik Ar-rahnu dan sebagainya. Untuk menggunakan teknik Ar-Rahnu dalam menggandakan keuntungan pelaburan emas anda, cuba mengurangkan pinjaman Ar-rahnu dengan menebus sedikit demi sedikit emas yang anda gadaikan. Sebenarnya inilah tujuan sebenar arrahnu iaitu menambah modal melalui pinjaman arrahnu dan akhirnya emas yang anda beli dari pinjaman arrahnu menjadi milik anda sepenuhnya. Untuk pengetahuan anda Public Gold juga menyediakan pajakan islam Ar-rahnu untuk pelanggan-pelanggan Public Gold.


7. Cara mengandakan keuntungan yang paling cepat adalah  dengan menjadi dealer public gold.
Kelebihan menjadi dealer public gold adalah anda dapat berniaga emas atau jual beli emas kepada rakan-rakan atau kenalan. Syarikat pelaburan emas terbaik untuk berniaga emas tanpa menyewa kedai emas atau tempat menyimpan emas adalah public gold. Untuk berniaga emas anda mestilah menjadi dealer public gold.Saya akan jelaskan satu teknik menjual emas walaupun pada harga rendah, Saya berikan contoh mudah, anda adalah new dealer Public Gold dan mempunyai emas 1 dinar yang anda beli berharga RM777, semasa membeli emas anda telah mendapat komisen 1% iaitu RM7.77 dan ada rakan mahu membeli emas,  

ada dua pilhan menjual emas :
i) Jika harga emas pada masa tersebut  tinggi, katakan RM800, anda jual emas anda. Anda akan dapat keuntungan RM800 – RM777 = RM23 dan Komisen yang telah anda perolehi RM7.77 iaitu berjumlah RM30.77
ii) Jika harga emas pada masa tersebut  rendah, katakan RM700, anda jangan jual emas anda tapi anda kunci harga emas pada masa tersebut untuk kawan anda.Berikan emas 1 dinar anda kepada kawan anda dan ambil emas 1 dinar anda di public gold yang anda kunci harga untuk kawan anda. Anda akan dapat keuntungan komisen belian emas sahaja iaitu RM7 + RM7.77  iaitu berjumlah RM14.77.

Sebagai Dealer Public Gold anda boleh lakukan jual beli emas dengan mudah kerana Public Gold menyediakan semakkan harga emas terkini 24 jam melalui website public gold di http://www.publicgold.com.my atau lakukan semakkan harga menggunakan SMS iaitu dengan menaip “PG GOLDPRICE” untuk menyemak harga jongkong emas 999.9 atau menaip  “PG DINARPRICE” untuk  menyemak harga syiling dinar 916 atau menaip “PG SILVER PRICE” untuk menyemak harga silver/perak atau menaip “PG JEWELPRICE” untuk menyemak harga barang kemas , hantar ke 36828. Semakan harga melalui SMS dikenakan cas 30 sen/SMS. Ambillah kesempatan ini menjadi Dealer Public Gold dan berniaga emas.

8. Pelbagaikan teknik pelaburan emas.
Bagi menggandakan keuntungan dalam pelaburan emas fizikal anda boleh menggabungkan beberapa teknik pelaburan emas antaranya anda menggunakan teknik pelaburan emas sebagai aset simpanan jangka masa panjang + teknik pelaburan emas pajakan Ar-rahnu + berniaga jual beli emas Public Gold. Dengan pelbagaikan teknik pelaburan anda, anda boleh optimumkan keuntungan pelaburan anda.

"Saya ucapkan selamat melabur didalam pelaburan emas fizikal dan selamat berniaga emas"

3 comments:

  1. Semoga Tips yang diberikan memberi manfaat kepada anda

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas informasi...saya berminat dengan pelaburan emas ni..masih banyak ilmu yang perlu dipelajari :-)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete