Teknik Meningkatkan Keuntungan Pelaburan Emas


Pelaburan emas public gold adalah pelaburan yang terbaik, selamat dan tidak rugi serta memberikan keuntungan dalam jangkamasa sederhana atau panjang dengan cara penyimpanan emas. Namun begitu pelaburan emas juga boleh memberikan keuntungan cepat dan pulangan yang lumayan setiap bulan dengan strategi pelaburan emas. Strategi pelaburan emas untuk mendapat keuntungan segera adalah dengan memilih jenis emas yang mempunyai nilai "spread" yang rendah.

Strategi menggandakan keuntungan dalam pelaburan emas ini dapat membantu anda memperoleh keuntungan berganda dengan cepat, tanpa risiko, ia bukan skim cepat kaya dan yang paling penting melalui pembelian emas yang sah dengan syarikat pengeluar emas Public Gold yang disahkan oleh Bank Negara. Ini adalah kerana syarikat public gold adalah syarikat pelaburan emas pertama di Malaysia yang dapat memperolehi gelaran Malaysia Book Of Records sebagai syarikat emas yang pertama memproses dan mengeluarkan emas sendiri di Malaysia, Public Gold juga menjual emas paling murah dan syarikat pelaburan emas yang paling cekap dalam perkhidmatan jual beli emas


Strategi pelaburan emas dengan mendapat keuntungan segera, cepat dan berganda ini dinamakan teknik pelaburan emas F1. Ini kerana keuntungan dalam pelaburan ini bergantung kepada nilai "spread" emas dan modal pelaburan emas yang akan anda gunakan. Nilai "spread" yang lebih kecil,boleh memaksimumkan keuntungan anda dan anda memerlukan modal pelaburan yang lebih besar.

Strategi pelaburan emas teknik F1 ini sesuai untuk dealer public gold kerana melibatkan proses jual beli emas yang berulang dalam masa singkat dan memperolehi komisen beli dan jual emas public gold. Produk emas Public Gold yang sesuai untuk teknik ini adalah jenis yang mempunyai spread yang rendah pada 6% dan ke bawah seperti 10 dinar emas, 100g gold bar atau 250g gold bar Public Gold.

Strategi pelaburan emas dengan Teknik F1 ini mempunyai beberapa kriteria :

Objektif : Mengutamakan keuntungan dari komisen jual beli emas dan sedikit keuntungan dari kenaikkan harga emas.

Target : Jual emas anda setelah harga emas jual melepasi harga emas yang dibeli

Tempoh jual emas : dua atau tiga bulan jadi dalam setahun dapat beli emas dan jual emas lebih kurang 5 kali

Jenis emas paling sesuai : Gold bar 250g,100g atau 10 dinar

Teknik melabur emas F1 :

Beli jongkong emas 250g dengan harga rendah dan simpan, apabila harga naik dan melepasi harga yang dibeli terus jualkan emas tersebut, secepat mungkin beli emas pula pada harga rendah dan apabila harga naik melepasi harga beli,terus jualkan emas tersebut.Ulangi proses ini sehingga setahun

Contoh pengiraan daripada pelabur emas,
Beli emas pada 23/7/2012  berjumlah RM101,790 yang terdiri daripada 2 keping gold bar 250g dan satu keping 100g gold bar. Dengan membeli RM100,000 keatas pelabur ini TERUS MENJADI PRIORITI DEALER PUBLIC GOLD  dan mendapat komisen 1.5% bagi setiap jual beli emas. iaitu lebih kurang RM1500.

Pada 9/9/2012 (lihat public gold price ) idalam tembohsebulan lebih, jual kesemua emas tersebut


Harga emas pada 1/8/2012


Gold bar 250g berharga RM44,035 sebanyak 2 keping berjumlah RM88,070 dan goldbar 100g berharga RM17605. Jumlah keseluruhan dari jualan emas ialah RM105,675. Jumlah keseluruhan dalam masa sebulan lebih ialah RM105,675 + 1500 (komisen belian emas) +RM525 (komisen jual balik) = RM107,701.
Keuntungan bersih dalam sebulan lebih : RM107,701 – RM101,790 = RM5,911

Perbandingan : Jika RM100,000 disimpan dalam ASB dengan dividen 7% setahun, anda akan memperolehi RM7000.

Kesimpulan : Pelaburan emas memberi keuntungan lebih cepat hanya dalam masa dua bulan untuk menyamai pelaburan ASB selama setahun.

Strategi melabur emas untung berganda :
Modal RM101,790 itu digunakan untuk membeli emas semula pada harga emas rendah sedikit dan jualkan apabila harga emas melebihi harga beli.Proses ini diulang selama setahun.

Strategi melabur emas untung berganda ini bukan semestinya bermodal besar atau priority dealer, tapi new dealer boleh menggunakan strategi ini dengan syarat membeli emas yang mempunyai spread yang rendah sperti 10 dinar atau 100g gold bar.

Jangkaan keuntungan setahun jika proses ini diulang 5 kali dalam setahun, pelabur emas akan memperolehi RM5,911 X 5 = RM29,555 iaitu keuntungan pelaburan emas hampir 30% setahun.

Dengan keuntungan hampir 30% setahun dan melalui teknik pelaburan F1 ini, anda sendiri dapat menilai sama ada memulakan pelaburan emas melalui pinjaman peribadi itu berbaloi atau tidak. Pinjaman peribadi hanya lebih kurang 5% setahun sahaja, jadi anda dapat lebihan untung 25% secara pasif. Cara lain untuk menjadi dealer public gold adalah dengan EPP iaitu Ansuran Mudah Beli Emas, boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut. Ini kerana Public Gold menyediakan pembelian emas melalui ansuran.

Strategi melabur emas melalui teknik ini hanya dapat dilakukan melalui pelaburan emas Public Gold kerana harga emas Public Gold mempunyai nilai "spread" yang terendah di Malaysia serta jauh lebih rendah berbanding pengeluar emas lain yang mempunyai nilai "spread" diatas 10%. Dan produk emas Public Gold mudah dijual beli 24 jam sehari. Marilah sertai pelaburan emas fizikal Public Gold Malaysia untuk sama-sama meningkatkan pendapatan pasif.

No comments:

Post a Comment