Analisis Teknikal Harga Emas Pada Hari Jumaat


Seperti yang ada lihat pada carta diatas, pasaran harga emas pada hari Jumaat tidak banyak berbeza dengan hari Khamis. Dari "Gold Chart" di atas kita dapat lihat harga emas masih lagi dalam momentum menurun atau lebih dikenali dikalangan penganalisi pasaran emas sebagai "bearish". Jika anda perhatikan betul-betul pada carta diatas, terdapat hanya sedikit penurunan harga "minor bearish" pada hari Jumaat, ini memberi petunjuk penurunan harga emas telah mencapai hadnya. Harga emas berkemungkinan akan pulih pada awal Januari 2013, ini ditambah lagi dengan pembentangan belanjawan AS dalam masa terdekat. 

Tetapi cara dan pendekatan yang diambil Obama didalam belanjawanya akan juga memberi kesan pada harga emas sama ada kekal turun atau mula pulih. Ketika ini para pelabur emas hanya menunggu pembentangan belanjawan AS sebagai "indicator" pasaran emas akan datang. Harga emas  mempunyai sokongan "support" yang kukuh sekitar $1630 per auns berdasarkan analisa "Moving Average" dari bulan September 2012 sehingga 27 Disember. Walaubagaimanapun harga emas masih tetap menghadapi halangan "resistance" sekitar $1674 per auns. Ini berikutan krisis hutang di Eropah dan Amerika yg masih belum menemui jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang. Kebimbangan kenaikan siling hutang Amerika menambahkan lagi tekanan terhadap harga emas. Dari "Moving Average Convergence Divergence (MACD)" dapat dilihat para pelabur emas mengambil tindakan untuk bercuti seketika sempena cuti akhir tahun dan sambutan tahun baru.akan tetapi ia tidak kekal lama, kerana berdasarkan carta MACD diatas momentum penurunan adalah hampir "linear" jika debandingkan dengan carta pada hari khamis, trend menurun bakal berakhir seawal Januari 2013.





Dari carta "Bolinger Bands" diatas kita dapat lihat harga emas masih cuba untuk memecahkan paras harga $1700 per auns seperti yang dilakukan pada 13 Disember 2012 lepas. Dapat dilihat "B-Bands" mempunyai jurang yang besar diantara "Upper Standard deviation line" dan "Lower Standard deviation Line" ini memberi petunjuk bahawa harga emas masih dalam keadaan "Volatile". Carta diatas juga menunjukkan "Candle stick Chart" menghampiri "Lower line" B-bands memberi petunjuk penjualan secara berlebihan. Kebiasaannya apabila carta menghampiri "Lower line" pada B-bands harga emas akan berterusan turun sehingga ia "reverse" patah balik meningkat semula, tetapi pada pandangan saya dan berdasarkan perkembangan ekonomi semasa, saya mencadangkan harga emas tidak akan terus menurun tetapi akan naik sedikit dan akan kekal pada paras tersebut untuk beberapa ketika. Dari carta diatas juga anda dapat Lihat nilai RSI dan Volume telah meningkat sedikit berbanding hari khamis, contohnya RSI pada hari khamis isalah 35.17 manakala pada hari Jumaat 36.56. Ini menjadi petanda baik akan berlakunya kebangkitan harga emas dalam masa terdekat.Untuk pengetahuan anda RSI melebihi 70, menunjukkan overbought atau melemahkan keuntungan pasaran. Sebaliknya, RSI rendah, di bawah 30, menunjukkan pasaran oversold atau pasaran rugi dan dalam keadaan nazak.Setakat ini sahaja analisa saya untuk pasaran emas pada hari Jumaat 28 Disember 2012. Harap analisa ini dapat membantu anda membuta keputusan dan meningkatkan input untuk analisa anda. Terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya.

No comments:

Post a Comment