Analisis Teknikal Harga Emas Pada Hari Khamis




Dari "Gold Chart" di atas kita dapat lihat harga emas dalam keadaan menurun atau lebih dikenali dikalangan penganalisi pasaran emas sebagai "bear". Dan keadaan harga menurun ini dijangka akan berturusan sekurang-kurangnya sehingga awal Januari 2013.

Berita baiknya Harga emas  mempunyai sokongan "support" yang kukuh sekitar $1630 per auns berdasarkan analisa "Moving Average" dari bulan September 2012 sehingga 27 Disember. Sokongan yang kukuh terhadap harga emas adalah kerana pemulihan matawang Yen dan permintaan emas fizikal yang tinggi dari India dan China.Walaubagaimanapun harga emas masih menghadapi halangan "resistance" sekitar $1674 per auns. Ini berikutan krisis hutang di Eropah dan Amerika yg masih belum menemui jalan penyelesai untuk jangka masa panjang. Kebimbangan kenaikan siling hutang Amerika menambahkan lagi tekanan terhadap harga emas. Dari "Moving Average Convergence Divergence (MACD)" dapat dilihat para pelabur emas masih lagi didalam "mood" menjual akan tetapi ia tidak kekal lama, kerana berdasarkan carta MACD diatas pasaran emas akan bertukar kepada "mood" membeli dijangka mulai Jumaat ini 28hb Disember 2012.



Ini adalah sambungan dari carta diatas. Dari carta "Bolinger Bands" diatas kita dapat lihat harga emas masih cuba untuk memecahkan paras harga $1700 per auns seperti yang dilakukan pada 13 Disember 2012 lepas. Dapat dilihat "B-Bands" mempunyai jurang yang besar diantara "Upper Standard deviation line" dan "Lower Standard deviation Line" ini memberi petunjuk bahawa harga emas masih dalam keadaan "Volatile". Carta diatas juga menunjukkan "Candle stick Chart" menghampiri "Lower line" B-bands memberi petunjuk penjualan secara berlebihan. Kebiasaannya apabila carta menghampiri "Lower line" pada B-bands harga emas akan berterusan turun sehingga ia "reverse" patah balik meningkat semula, tetapi pada pandangan saya dan berdasarkan perkembangan ekonomi semasa, saya mencadangkan harga emas tidak akan terus menurun tetapi akan naik sedikit dan akan kekal pada paras tersebut untuk beberapa ketika. Setakat ini sahaja analisa saya untuk pasaran emas pada hari Khamis 27 Disember 2012. Harap analisa ini dapat membantu anda membuta keputusan dan meningkatkan input untuk analisa anda. Terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya.

No comments:

Post a Comment