Harga Emas Turun Dipagi Jumaat, Obama Menangguhkan Pembentangan Belanjawan

Sumber dari BullionVault

Harga Emas susut kembali di bawah $1660 per auns pagi Jumaat 28 Disember 2012, hampir sama dimana ia bermula minggu ini, pasaran saham juga mencatatkan penurunan, dalam masa terdekat pembentangan di Washington bertujuan untuk mengatasi $600.000.000.000 "kemerosotan eknonomi" potongan belanjawan dan kenaikan cukai akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. 

Emas akan memecahkan penguasaan kejatuhan harga empat minggu berturut-turut hari ini jika harga "spot" berakhir minggu ini di atas $1657 per auns, manakala harga "spot" perak perlu berakhir di atas $30,03 per auns seperti sebelum ini."Kesukaran pasaran [emas] masihtidak menentu dengan rintangan "resistance" dilihat sekitar $1673, yang terendah dibulan November, dan $1685, sokongan "support" dari bulan Disember," pandangan teknikal analisis terbaru dari Scotiabank bank.

"Walaupun pasaran bertahan di bawah $1685 risiko teknikal kekal untuk sedikit lebih rendah."

"Terdapat beberapa belian tetapi tidak kelihatan aktiviti yang lebih besar," salah satu peniaga emas fizikal bulion memberitahu berita Reuters pagi ini.Sementara Perak lega kembali kepada paras $30 per auns, manakala harga komoditi lain mengalami sedikit perubahan sahaja.Pada pasaran mata wang, Euro jatuh berbanding Dolar pagi Jumaat, susut 0.6% dalam masa dua jam, dengan pelabur menyalahkan jumlah diniagakan sedikit dan jualan "stop loss".

Presiden Obama bakal mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin kongres lewat hari ini, sebagai sebahagian daripada rundingan berterusan mengenai cara terbaik untuk menangani defisit persekutuan AS. Ekonomi AS bakal memasuki "kejatuhan ekonomi" minggu hadapan kecuali Kongres bersetuju untuk menangguhkan pemotongan belanjawan yang dirancang dan meneruskan pemotongan cukai sejak pentadbiran Bush lagi.Demokrat telah mencadangkan mengekalkan potongan cukai bagi sesiapa yang berpendapatan $ 250,000 atau kurang setahun, manakala Obama telah menyatakan beliau akan menimbang untuk menaikkan permulaan pendapatan kepada $ 400,000. 

Jurucakap Ahli Dewan Rakyat dari Republikan John Boehner berkata beliau akan mempertimbangkan untuk membenarkan pemotongan cukai bagi sesiapa yang berpendapatan lebih daripada $ 1 juta setahun, selepas menyatakan bangkangan secara terang-terangan kepada kenaikan cukai. Boehner memasukkan cadangan ini dalam minggu 'Pelan B' beliau, tetapi gagal untuk mendapatkan sokongan yang cukup dari rakan-rakan Republikan untuk dikemukakan kepada Dewan untuk undian.
 

"Masa semakin suntuk untuk jalan penyelesaian yang ditunggu-tunggu lama dalam rundingan kemerosotan fiskal," kata Kai Fachinger, pengurus portfolio di Pengurusan Aset Mampan di Zurich.

"Dengan kedudukan kedua-dua parti adalah terlalu berbeza, ia mungkin berlaku dalam saat-saat terakhir.""[Kami menjangkakan] perjanjian itu berlaku pada saat-saat akhir," tanda bersetuju Dominic Schnider di Pengurusan Kekayaan UBS."Tetapi ia akan menjadi satu urusan yang  kecil... saya fikir itu dapat menyokong pasaran emas.

"Sementara bank pusat Vietnam akan memainkan peranan pembuat dasar dalam pasaran emas tahun depan dalam usaha untuk mengawal harga emas domestik, laporan Vietnamica, memetik komen dari State Bank of Vietnam gabenor Nguyen Van Binh.Awal tahun ini SBV memiliki hak eksklusif untuk mengeluarkan jongkong emas di Vietnam.

No comments:

Post a Comment