Harga Emas Rendah, Tetapi Masih Mencatat Keuntungan Mingguan

Sumber dari Gold-Eagle


30 Disember - Emas menokok lebih rendah pada hari Jumaat sebelum pembentangan belanjawan untuk menghalang Amerika Syarikat daripada menjunam kedalam "kejatuhan fiskal" kenaikan cukai dan pemotongan belanjawan, namun harga emas kekal dilandasan yang betul untuk mencatat keuntungan pertama mingguan dalam sebulan. 

Kegagalan untuk mecapai kata sepakat di Amerika Syarikat boleh mencetuskan jalan pelaburan yang selamat dengan membeli emas, jika White House dan Kongres akhirnya mencapai persetujuan, emas boleh mempengaruhi pasaran saham lebih tinggi. 

Emas jatuh $ 4,38 atau 0.26 peratus kepada $ 1,658.91 auns menjelang 1107 GMT selepas meningkat diawal sesi daganga dengan nilai yang tinggi $ 1,657.99. 

Emas berjaya keluar dari paras rendah sebelum ini selama 4-bulan $ 1,635.09 pada Dec 20, tetapi masih jauh di bawah rekod tertinggi sekitar $ 1,920 pada September 2011.Bagi tahun ini, emas mencatat keuntungan sekitar 6 peratus, tetapi masih jauh di bawah rekod sekitar $ 1920 pada bulan September 2011, apabila krisis hutang yang semakin teruk di Eropah mencetuskan pembelian panik. Para pelabur di Eropah menjadikan emas sebagai pelindung kekayaan mereka. 

US emas bagi Februari susut $ 4,00 auns kepada $ 1,659.70. "Kini ia kelihatan seperti ekonomi AS mungkin menuju ke "kejatuhan fiskal".  

Walau bagaimanapun, jika ahli-ahli politik mencapai persetujuan pada masa yang tepat, pasaran saham akan menunjukkan prestasi yang baik, manakala minyak mentah lebih cenderung untuk stabil berbanding jatuh, dan emas akan naik dengan lain-lain aset berisiko, "kata Peter Fertig, penganalisis dari Research komoditi Kuantitatif. 

"Jika tiada persetujuan dicapai, dan orang ramai tidak tahu apa yang bakal berlaku dengan ekonomi, status emas sebagai pelindung kekayaan akan semula muncul."Presiden Barack Obama dan penggubal undang-undang melancarkan pusingan terakhir-peluang membentangkan bajet hari sebelum tarikh akhir Tahun Baru untuk mencapai perjanjian atau melihat sahaja ekonomi menuju "kejatuhan fiskal." 

Amerika Syarikat menghadapi $109 billion pemotongan belanjawan di kesemua jabatan bermula pada Januari 2013 melainkan jika persetujuan bersama dicapai sama ada untuk menggantikan atau melambatkan potongan belanjawan. 

Emas adalah tradisinya pelindung nilai yang selamat dan dari inflasi yang diperlukan sangat-sangat oleh pada masa-masa kejatuhan ekonomi seperti sekarang ini, tetapi akhir-akhir ini berkelakuan seperti aset lain yang berisiko. Logam berharga kadang-kadang naik dan jatuh bersama dengan pasaran saham. Anda dapat lihat bertapa besarnya pengaruh spekulasi apabila kesemua para spekulator memberi tumpuan kepada pasaran emas untuk mengaut keuntungan. 

Emas mencatat keuntungan 12 tahun berturut-turut pada kadar faedah yang kukuh , kebimbangan terhadap kestabilan kewangan zon euro, dan kepelbagaian penguakuasaan pemilikan bulion oleh bank-bank pusat. Seperti yang diketahui umum, emas menjadi musuh utama oleh bank-bank pusat seluruh dunia termasuk Malaysia. 

Dalam pasaran yang lain, yen jatuh ke tahap terendah dalam tempoh lebih daripada dua tahun pada hari Jumaat lepas, mengangkat saham Jepun kepada paras tertinggi sepanjang 21-bulan seperti dijangkakan pelonggaran drastik dasar monetari mempengaruhi pasaran saham Jepun, manakala saham di seluruh Asia meningkat kerana Washington berusaha untuk mengelakkan krisis fiskal . 

Euro jatuh ke paras yang lebih rendah berbanding dolar pada hari Jumaat lepas berbanding dolar kerana pembelian akhir tahun dari pelabur untuk menyesuaikan portfolio mereka dan juga pelabur mengambil keuntungan atas kenaikan mata wang tumpuan utama baru-baru ini. 

PERMINTAAN EMAS 

Permintaan emas global pada tahun 2013 akan diterajui oleh kekuatan permintaan China dan pemulihan permintaan di India, membantu logam berharga terus mencatat keuntungan untuk tahun ke-13, bersandarkan kata "industry-backed World Gold Council". 

Permintaan Emas di India, pembeli terbesar logam emas di dunia, adalah sederhana pada hari Jumaat lepas dengan pemilik barang kemas menambah inventori mereka untuk perayaan dan musim perkahwinan, tetapi permintaan runcit dan pelaburan kekal lembap. 

Dalam berita lain, seorang peguam Afrika Selatan telah memfailkan saman tindak balas terhadap lebih 30 firma emas mewakili 17,000 bekas pelombong yang mengatakan mereka mengidap silikosis, penyakit lemah paru-paru, disebabkan kecuaian firma dalam aspek kesihatan dan keselamatan. 

Perak pula turun 0.36 peratus kepada $ 30.05 auns, platinum susut 0.28 peratus kepada $ 1,526.24 dan palladium merosot 0.56 peratus kepada $ 702,26 auns.

Setakat ini laporan pasaran emas global untuk sepanjang minggu lepas.

No comments:

Post a Comment